Friday, July 30, 2010

Adat Orang Melayu

Adat (Arab: عادة ʿādah) ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Dalam bahasa Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera.

  • hukum adat : hukum yang berlandaskan kebiasaan lama, kebiasaan turun temurun
  • orang beradat : orang baik-baik, orang berbangsa
  • raja beradat : raja sedang bersemayam dihadapan orang-orang besar
  • membawa adat : haid; wanita yang sedang datang bulan
  • tidak beradat : kurang ajar, bukan orang baik-baik

*Kini, orang-orang melayu tidak mempedulikan tentang adat-adat tersebut. Ini kerana generasi terkini telah dimodenisasi dengan tingkah laku orang barat.

Cara Akad Nikah


Rukun nikah

§ Wali, biasanya bapa atau datuk pengantin perempuan

§ Pengantin lelaki

§ Pengantin perempuan

§ Dua saksi lelaki

§ Akad nikah

Syarat ijab

§ Pernikahan nikah hendaklah tepat

§ Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran

§ Diucapkan oleh wali atau wakilnya

§ Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah

§ Tidak secara taklik

Syarat qabul

§ Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab

§ Tiada perkataan sindiran

§ Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)

§ Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah

§ Tidak secara taklik

§ Menyebut nama bakal isteri

§ Tidak diselangi dengan perkataan lain.

Selamat Pengantin Baru



PROSES PERNIKAHAN

Akad nikah (dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.


Kebaya



Ini pula baju-baju kebaya khas untuk wanita.

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung,batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.

Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab dan membawa baju kebaya (yang Arabnya "abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.

Baju Tradisional Melayu



Hello kawan-kawan! Hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang baju-baju tradisional melayu kita.

Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.

Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju. Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam samping.





Tuesday, July 27, 2010

Kami tidak " RACIST ".



Saya amat kagum dengan kawan-kawan cina saya yang berpakaian baju tradisional Melayu. Ini menunjukkan bahawa kita boleh bergotong-royong dan sentiasa saling bantu-membantu walaupun kita berbangsa dan beragama lain. Kita juga dapat memahami dan mempelajari perbezaan tradisional masing2. Saya rasa acara ini amat penting untuk diraihkan.


Hari Keharmonian Kaum






Hello kawan2!
Pada 21hb Julai, minggu lepas, kami menyambut Hari keharmonian Kaum di sekolah. Ramai juga pelajar berpakaian tradisional ke sekolah untuk meraihkan acara tersebut. Di atas adalah gambar-gambar yang telah diambil pada hari itu.